Sejak-sejak Facebook dah merampas kepentingan blog ni, saya memang dah malas nak menulis. Saya kadang-kadang berpendapat yang tiada siapa mahu membuka blog ni lagi, apatah lagi membacanya. Facebook lagi user friendly. Perasaan macam ni yang kadang-kadang buat saya tiada mood dan mati idea untuk menulis.
Tetapi, untuk Majlis yang saya hadiri hari Sabtu lepas, saya tak kisahlah ada orang nak baca ke tidak. Saya tetap nak menulis ulasannya jugak.
Beberapa fakta menarik sekitar Majlis Persandingan En Md. Fauzi Ismail & Pn Siti Arfa Muhalid.
1. Warna tema Majlis adalah warna hijau. Ini mengambil kira yang En. Md Fauzi pernah menjadi Ketua Rumah Hijau semasa di SMKAS. Memang itu sahaja lah jawatan beliau seadanya kerana jawatan-jawatan yang lain telah dilucutkan berikutan konspirasi yang dijalankan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.
Kayu tu bukan kayu yang Pekji guna untuk memukul semasa di SMKAS dulu yer..
2. Majlis ini masih mengekalkan Mak Andam & Photographer yang sama seperti di Majlis terdahulu. Ini juga mengambil kira rezeki kawan-kawan. Kawan di SMKAS dan kawan di UUM.
Agak-agak jambu tak Gua buat muka berkerut ni
3. Sesiapa yang telah hadir ke Majlis En. Amat 2 tahun lepas dah merasakan rumah beliau agak ulu, sila ambil perhatian yang rumah En. Md Fauzi lagi ulu. Sila jangan berdebar-debar jika anda rasa yang anda sudah sesat jauh sebab anda memang tidak sesat. Rumah beliau memang jauh.
Mana ada jauh, umah aku lagi dekat la Mat..
4. En. Anip memang merupakan seorang rakan sejati. Beliau telah hadir pada majlis yang terdahulu dan hadir lagi pada majlis ini walaupun beliau terpaksa bergegas ke Putrajaya selepas itu kerana ada majlis yang lain. Mungkin berkat doa kawan-kawan yang gembira dengan komitmen beliau, beliau nampak lebih 'bercahaya' sekarang ini. Badan juga makin tough. En. Md Fauzi juga pasti gembira kerana kesemua rakan semeja beliau di kelas 5/1 iaitu En. Anip, En. Rezib & En. Bawang hadir meraikan beliau.
Gua memang rakan yang baik... Korang nak pinjam Bank Rakyat roger gua!!
5. Jangan terperanjat. Sejak beliau kawen pada 2003 tak salah saya, ini lah kali pertama saya, mungkin kita dapat berjumpa dengan beliau. Sekali tengok, tak kenal. Dua kali tengok, macam pernah nampak. Tiga kali tengok baru la kenal. Itu pun nasib baik beliau tengah duduk makan. Kalau beliau berdiri, sampai enam kali tengok baru kenal kot. Tahniah En. Abe, sihat sungguh anda.
Jangan la ambik gambar I.. I tak rela..(sambil pose ala Bigfoot sembunyi balik pokok)
6. En Lanz Kuda memang dah otai tentang negeri Pahang ni. Saya hanya berpandukan kepada GPS dalam kepala beliau untuk sampai ke rumah pengantin. Maklumlah En. Lanz beristerikan orang Pahang dan menjadi Cikgu English di SK... lupa plak namanya.. Tapi jangan speaking dengan beliau. Beliau tak suka.
Aku ajar Yes No Alright jer...yeeehaaa..
7. Tetami yang datang pada hari itu Masyaallah ramai sungguh. Menurut En. Anip, Pakcik Ismail telah menjemput seluruh warga Felda Chini 1 - 5 ke Majlis ini. Kalau 1 felda ada 500 orang, darab 5 dah 2500 orang. Nasib baik Felda Chini ada 5 je bkn 25. Hot sungguh En Md Fauzi ni kan.
Apah : B, I dah rasa macam jadi Artis ni, ramai btol jemputan.
Pekji : Tu nasib baik I terlupa nak jemput orang Timor Leste
8. Di sebabkan tetamu yang hadir terlalu ramai, kami terpaksa mencari port sendiri dan dapatlah port bawah pokok dekat-dekat rumah En. Md Fauzi. Bertemankan tahi lembu yang dah kering, kami layan je lagipun kami bukan orang bandar pun.
Port sini sejuk... 2 Pakcik tu bukan Ust semasa di SMKAS
9. Menu istimewa hari itu adalah Cendol Chini yang lemak berkrim disukai ramai. Ramai juga yang kempunan akan cendol tersebut termasuk saya kerana terlalu cepat sold out.
10. En. Rezib yang selalu bermulut longkang kelihatan sudah agak kurang dalam hal mengumpat dan mengutuk ni. Setelah disiasat, rupanya sejak minggu lepas beliau sudah begitu. Beliau rasa beliau dah cukup longkang, tetapi minggu lepas bila berjumpa dengan Cik Ain Fadzal di Majlis Pn Arfa, baru beliau sedar yang Cik Ain Fadzal lagi bermulut longkang dari beliau. Sesekali kalah apa salahnya En. Rezib.
Aku masih tergamam lagi sampai sekarang. Nasib baik dia tak datang arini...
11. Disebabkan ketiadaan Cik Ain Fadzal, En. Faizul terpaksa layang karaoke sorang-sorang nyanyi lagu Azura yang ditukar menjadi Arfa. Pasangan pengantin dipaksa menyanyi juga tapi semua sedia maklum yang suara kedua-duanya boleh tahan sumbang, so main paksa gitu-gitu jelah.
Oohh.. Ain Fadzal, di manakah dikau..kenapa kau tak datang...aku menanti kehadiranmu..
12. Topik perbincangan hari itu tak banyak, hanya mengenai siapa yang akan kahwin selepas Majlis Bob Katak pada bulan April ini. Adakah En. Helmi Guntur, En. Hazrol Fazly atau En. Shaifussaleh. Dengan tiba-tiba En. Rezib mendedahkan yang En. Bawang sudah pun memilih tarikh Majlis beliau iaitu pada bulan March tahun depan. Dengan siapa? Masih lagi misteri. Korang tengok lah longkang tak longkang mulut si Rezib tu.
Aku dah agak, Amat mesti letak gambar ni punye.. Astayamam..
13. Rupanya bukan Pn Noi sahaja yang selamba badak masa Majlisnya tahun lepas. Pn Arfa laaagi selamba badak. Badak pun tak selamba macam dia. Badak sikit-sikit macam En. Abe sahaja. Tapi Pn Arfa nampak begitu cantik bila bersolek macam ni, kata En. Bawang. En. Rezib menyampuk, "Ko nak tanggung dosa dia tak pakai tudung hari-hari? Lain lah Nurul tak pakai tudung takpe"
Apah : Ye ke Noks... Mak tak tau pun..
Pekji : Behave my wife..behave..
14. Cik Nurul memang seorang professional yang mempunyai 2 profession tetap. Profession waktu hari kerja & profession waktu hujung minggu. Beliau menjalankan dua-dua kerja dengan sungguh professional dan dedikasi. Sugar Daddy tak tau la kasik apa kan. Tahniah En. Nurul.
Lawa betul mak solek kan noks.. bila la org nak solekkan mak plak...
15. Khabar angin mengatakan yang Pn Arfa terlantar seminggu tak boleh bangun selepas Majlis ditempat beliau kerana cirit birit. Bila cirit birit memang tidak ada tenaga. Bila tiada tenaga, maka En. Md Fauzi mungkin masih berpuasa. Tapi pada Majlis ini, kelihatan Pn Arfa sudah kembali bertenaga, En Md. Fauzi pun gembira tak terkata. Jangan dia yang cirit birit pula, nanti Pn Arfa buat muka.
Apah : B, I rasa I dah ada tenaga la..
Pekji : Yeke B? I macam nak lompat kegembiraan nih..
Itu sajalah sedikit fakta yang sempat saya tulis berdasarkan apa yang dilihat & didengar. Lebuhraya Pantai Timur tu panjang sangat, tu yang saya lewat sikit tu. Anyway,
Selamat Pengantin Baru Pekji & Arpah. Semoga berkekalan hingga ke Syurga.
*Photo credit to En Faizul Nasir.