Wednesday, February 10, 2010

Jemputan ke Majlis Perkahwinan Shahrin Majid

Assalamualaikum semua Warga CakapBerapi yang sihat-sihat belaka...

Dengan berbesar hati, saya mewar-warkan di sini akan perihal kesibukan kita pada 2 minggu terakhir Februari ini. Disamping En Faizal Kaki Pukul yang akan menjalankan Majlis Persandingan beliau pada 20hb ini, akan menyusul kemudian adalah Majlis Perkahwinan En Shahrin Majid aka Cabin (yang tinggi-tinggi tu) pada 21hb Februari bertempat di Seksyen 17 Shah Alam. Di jemput semua untuk turut sama menghadirkan diri & memeriahkan suasana. Muka-muka yang dijangka hadir adalah En Sukor Kuda, En Epul Atok & En Saufi Awalok. Muka-muka yang confirm tak hadir adalah En Faizal Hamzah & En Md Fauzi Ismail. For sure mereka sedang sibuk membasuh periuk yang berkarat bak kulit En Azizan Azaikiak. Paling-paling pun mereka sure sedang berfikir-fikir cara paling romantik untuk mengharungi malam kedua dan seterusnya...

Pada 28hb pula, sehari selepas Majlis En Md Pekji di Timur Leste Felda Chini, ada semua dijemput pula menghadirkan diri ke Majlis Persandingan En Cabin di Jementah, Bandaraya Segamat. So sesiapa yang belum ada apa-apa plan, saya cadangkan anda bermalam dirumah En Pekji (sambil dengar beliau bercerita pengalaman beliau yang banyak itu & sambil kacau daun) dan esoknya boleh lah anda ke rumah En Cabin lalu jalan dalam. Kalau sesat, pandai-pandai lah GPS ye..

Itu sahaja makluman yang ingin disampaikan.. Sekian terima kasih

P/S : Kad & Map akan diupload setelah diterima dr En Cabin. Dia kata lepas CNY. Mcm la Posmen takde Annual leave nak sambung cuti CNY.

P/P/S : En Cabin kata dia busy giler sampai tak sempat nak bukak blog. Lama tu dia bz dekat 6 tahun dah..

P/P/P/S : Maaflah entri panjang skit. Gian plak lama tak menulis di sini...




Friday, February 5, 2010

JEMPUTAN KENDURI KAWIN SAYA



Dengan rasa gembira, saya ingin menjemput semua kawan-kawan bekas pelajjar SMKA Segamat yang mengenali saya untok hadir ke kenduri kahwin saya pada 27 Februari 2010 di kampung saya iaitu 24-111. Desa Kiambang, Perumahan Dara Chini, Chini, Pekan, Pahang Darul Makmorrr.

Semua dijemput hadir. Manakala kawan-kawan yang saya sendiri hadir ke pwerkahwinan mereka sebelum ni, anda diwajibkan hadir. Kalau tak hadir, Pejal dan Madon panggil korang kat dorm Khaldun malam ni.

Untok makloman, Bakal istri saya juga junior di SMKA Segamat. Walaumacammanapun saya tidak pernah memberi beliau coklat Vochel semasa di Aspuri menggunakan wang belanja yang diberi ayah saya.

Sebelum perkara ini dibocorkan oleh Encik Sniffff, lebih baik saya membuat pengakuan di ruangan ini iaitu bakal istri saya ialah sepupu dengan Washid Isnin dan Ajak Isnin, iaitu anak Imam Isnin di Endau (sape gelak aku sumpah jadi rabun mcm Washid!).

video