Thursday, April 15, 2010

Antara tanda-tanda diganggu makhluk halus

Assalammualaikum

Sekadar berkongsi maklumat dengan rakan2. Mengapa sekarang ni ramai yang kena gangguan ni...mungkin tempat jin tu telah diganggu...mungkin semakin ramai yang lemah jiwa akibat tekanan hidup dan kerja....dan lain2.

Antara tanda-tanda diganggu makhluk halus

1- Susah tidur malam
2- Tersentak-sentak ketika tidur (mcm kene kejutan elektrik)
3- Selalu sakit kepala
4- Lenguh-lenguh seluruh tubuh terutama di bahu
5- Rasa sakit-sakit di pinggang, lutut dan tapak kaki
6- Pandangan kabur dan kadang-kadang ternampak-nampak sesuatu
7- Telinga berdengung/berdesing
8- Mimpi yang menakutkan spt binatang buas
9- Mimpi berada di tempat yang tinggi, jatuh dari tempat yang tinggi, ternampak air sungai @ laut
10- Dikejar sesuatu ketika dalam mimpi,atau berlari2
11- Makan lebih dari biasa, banyak terlajak.
12- Makan banyak tp rasa tak kenyang seolah-olah makanan tak jatuh ke dalam perut
13- Sesak nafas
14- Terasa ditindih semasa sedang tidur (banyak terjadi kepada perempuan)
15- Lebam-lebam di tubuh terutamanya di peha dan lengan
16- Suka menyendiri sorang-sorang
17- Terdengar bisikan suara di telinga
18- Mempunyai tanda-tanda diatas tapi tanak berubat atas alasan tak sakit pun.
19- Perubahan perangai secara mendadak
20- Susah hamil sedangkan pasangan suami dan isteri tiada apa-apa masalah
21- Bertukar menjadi seperti lembu dicucuk hidung samada kepada lelaki ataupun perempuan
22- Tidak dapat melakukan hubungan seks bila dah dalam satu selimut, tapi perasaan tersebut begitu membara bila berjauhan
23- Budak- budak yang menangis lebih dari kadar biasa.
24- dll

Jika ada antara kita mengalami antara tanda2 tersebut kemungkinan ada gangguan. Cubalah berubat. Tapi pastikan kita berubat dengan pengamal perubatan Islam yang sebenar, menggunakan ayat al-Qur'an 100%. Kita berikhtiar dan berusaha...Allah jua yang menyembuhkannya.Banyakkan membaca al-Qur'an, dengar2 kanlah ayat rukyah (boleh cari di internet), selepas solat subuh amalkan membaca :
لا اله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد يحي ويميت وهو على كل شيء قدير
sebanyak 100 kali..dan banyak lagi amalan2 yg boleh kita amalkan.

Wassalam

14 comments:

Iki said...

tanda2 ni pernah aku alami 2 thn lepas & aku pernah ke Darul Syifa'. masa tu lutut & kaki belah kanan aku sakit selama 2 thn, pegi urut pun x sembuh & pegi buat bekam pun x sembuh. So,bini aku suruh aku ke Darul Syifa & ustaz tu ubatkan aku, lepas dia ubatkan baru ok. tp apa2 pun yg menyembuhkan tu hanya dgn izin Allah. ,mungkin tu 1 ujian utk aku sama ada aku masih mengingati-Nya atau x.

Iki said...

aku x pasti apa punca aku kena benda 2

suryati said...

ye..iki. ada pengarang kitab mengatakan kadang2 angin ahmar pun dari jin. mungkin sesetengah orang kena strok tu..ada gangguan jin padanya. Ada orang tu tak leh angkat tgn sebelah. Doktor pun tak pasti sakit apa..lepas berubat alhamdulillah..sembuh dan leh angkat tangan.

Semua orang ada gangguan tu cuma sikit atau banyak, sedar atau tak sedar. Punca tu...
1.kadang2 mungkin tanpa kita sedar kita ganggu tempat dia,
2.atau jin tu minta kat kita..kalu jin yang minat kat kita tu dipanggil jin 'asyik..( yang ni kadang2 samapi orang tak temu jodoh..kalu ada hubungan pun putus),
3.atau mgkin kita kena saka tok nenek kita..saka ni tak semestinya kita terima..kadang2 tok nenek kita dah pilih sape akan mewarisi saka tu..maka jin tu akan mendampingi pewaris tersebut..atau..dia mengganggu orang2 yang ada hubungan dengan pewaris saka.
4.Atau ada orang dengki kita..maka disihirnya kita.

Benda2 makhlus halus ni memang wujud..dan telah dinyatakan dalam al-Qur'an. Ada jin yang islam..ada yang kafir sama seperti manusia.

kalu ustaz disini..dia akan suruh jin masuk islam dulu..baru lah mudah untuk kita suruh dia kuar..

Iki said...

aku pun pernah baca buku perubatan islam tulisan Dr Harun Din, dlm buku tu mmg ada mention mengenai angin ahmar. Ubat angin ahmar ialah minyak tanah.. asal usul angin ahmar mmg ada kaitan dgn jin

Iki said...

yg aku ingat, aku kena sakit kaki tu masa on the way dr kelantan nk ke JB. lepas kena tu mmg susah aku nk tido, tido pun x cukup, yg paling kesian org umah aku asyik kena urut aku je smpai dia pun x larat. masa kena tu kaki aku keras sebelah kanan..

licketysplit's said...

Darul Syifa tu hospital ke??

Iki said...

Darul syifa tu bukan hospital.... tu tempat untuk mengubat sakit2 misteri yg doktor pun x tau...

Pekji said...

kutu kat atas kepala kekak pun kategori makhluk halus ke?

sniffdawhatwhatbanger said...

bukan pekji. Itu serangga parasit. Ubatnya minyak tanah jugak kakaka

Iki said...

kalau makhluk halus mcm tu pakai shelltox je sudah.....

Anonymous said...

Assalamualaikum Wbt..
Saya ingin bertanya 1 soalan.. Adakah salah jika kita mengamalkan Surah Thahaa ayat 39 & Surah Yusuf ayat 4 utk membuatkan anak2 mendengar kata ibubapa, pasangan sayang pd kita selain menjadi petua sebagai penyeri muka? Saya mendapat petua ini dari Hamba Allah di dalam Facebook. Masalahnya, setelah cuba membaca ayat tersebut sebanyak 3x (pd tengahari), saya telah diganggu oleh "sesuatu" semasa tidur pada waktu petang tersebut(6.30pm-7.15pm).. Dengan badan yang tidak mampu bergerak, telinga tiba2 berdesing dan mulut tidak mampu berbicara, saya ternampak 1 wajah orang tua sedang berada dihadapan saya dalam keadaan sedang mencium saya.. Saya cuba pejamkan mata dan apabila buka kembali, saya masih t'nampak wajah tua tersebut. Dengan membaca ayat Kursi didalam hati, wajah tersebut telah lenyap dan saya mampu menggerakkan badan tidak lama selepas itu.. Utk pengetahuan kwn2, saya tidak pernah mengalami kejadian aneh sebegini semenjak 2bulan tinggal di hostel.. Jadi, saya ingin mendapat sebarang pandangan atau pendapat kwn2 tentang perkara ini.. Terima Kasih.

zairul said...

Kengkawan..,aku nak tumpang tanya sedikit.
Aku baru je bernikah 4/2/2011...
Baru minggu lepas,kami bercuti di salah sebuah kediaman di Chalok Kedai,Terengganu.Pd suatu malam,aku kluar dlm tempoh setengah jam utk mendapatkan udara segar,tinggalkan isteriku dirumah tersebut.Dalam tempoh berkenaan,isteri aku terjumpa kelibat yang srupa aku cuba mengganggunya di luar dapur...
Persoalannya;
-Apa sebenarnya yang berlaku?
-Di mana boleh aku ikhtiarkan utk mengelakkan ia terjadi berulang lagi?
-Jika Darul As-Syifa' antara jalan yg terbaik,dimana boleh aku dapatkan perkhidmatannya?

zairul said...

Kengkawan..,aku nak tumpang tanya sedikit.
Aku baru je bernikah 4/2/2011...
Baru minggu lepas,kami bercuti di salah sebuah kediaman di Chalok Kedai,Terengganu.Pd suatu malam,aku kluar dlm tempoh setengah jam utk mendapatkan udara segar,tinggalkan isteriku dirumah tersebut.Dalam tempoh berkenaan,isteri aku terjumpa kelibat yang srupa aku cuba mengganggunya di luar dapur...
Persoalannya;
-Apa sebenarnya yang berlaku?
-Di mana boleh aku ikhtiarkan utk mengelakkan ia terjadi berulang lagi?
-Jika Darul As-Syifa' antara jalan yg terbaik,dimana boleh aku dapatkan perkhidmatannya?

nur faniera said...

yg no 18 tu betol. tkut giler aq