Thursday, April 15, 2010

Antara tanda-tanda diganggu makhluk halus

Assalammualaikum

Sekadar berkongsi maklumat dengan rakan2. Mengapa sekarang ni ramai yang kena gangguan ni...mungkin tempat jin tu telah diganggu...mungkin semakin ramai yang lemah jiwa akibat tekanan hidup dan kerja....dan lain2.

Antara tanda-tanda diganggu makhluk halus

1- Susah tidur malam
2- Tersentak-sentak ketika tidur (mcm kene kejutan elektrik)
3- Selalu sakit kepala
4- Lenguh-lenguh seluruh tubuh terutama di bahu
5- Rasa sakit-sakit di pinggang, lutut dan tapak kaki
6- Pandangan kabur dan kadang-kadang ternampak-nampak sesuatu
7- Telinga berdengung/berdesing
8- Mimpi yang menakutkan spt binatang buas
9- Mimpi berada di tempat yang tinggi, jatuh dari tempat yang tinggi, ternampak air sungai @ laut
10- Dikejar sesuatu ketika dalam mimpi,atau berlari2
11- Makan lebih dari biasa, banyak terlajak.
12- Makan banyak tp rasa tak kenyang seolah-olah makanan tak jatuh ke dalam perut
13- Sesak nafas
14- Terasa ditindih semasa sedang tidur (banyak terjadi kepada perempuan)
15- Lebam-lebam di tubuh terutamanya di peha dan lengan
16- Suka menyendiri sorang-sorang
17- Terdengar bisikan suara di telinga
18- Mempunyai tanda-tanda diatas tapi tanak berubat atas alasan tak sakit pun.
19- Perubahan perangai secara mendadak
20- Susah hamil sedangkan pasangan suami dan isteri tiada apa-apa masalah
21- Bertukar menjadi seperti lembu dicucuk hidung samada kepada lelaki ataupun perempuan
22- Tidak dapat melakukan hubungan seks bila dah dalam satu selimut, tapi perasaan tersebut begitu membara bila berjauhan
23- Budak- budak yang menangis lebih dari kadar biasa.
24- dll

Jika ada antara kita mengalami antara tanda2 tersebut kemungkinan ada gangguan. Cubalah berubat. Tapi pastikan kita berubat dengan pengamal perubatan Islam yang sebenar, menggunakan ayat al-Qur'an 100%. Kita berikhtiar dan berusaha...Allah jua yang menyembuhkannya.Banyakkan membaca al-Qur'an, dengar2 kanlah ayat rukyah (boleh cari di internet), selepas solat subuh amalkan membaca :
لا اله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد يحي ويميت وهو على كل شيء قدير
sebanyak 100 kali..dan banyak lagi amalan2 yg boleh kita amalkan.

Wassalam

Tuesday, April 13, 2010

Keputusan Lokasi Gathering Reunion 2010


Setelah undian dibuat, dengan rasminya diumumkan bahawa keputusan lokasi gathering reunion FCB 2010 akan dibuat di Shah Beach Resort, Tg. Kling, Melaka pada 6hb November 2010. Diharapkan semua member2 dapat meluangkan masa untuk gathering reunion ni.

Budget :
1. Pakej : RM 130.00/person (Tempat tido,sarapan,mkn tghari,mkn mlm)
2. Caj tambahan BBQ :  RM35.00 (Dewasa) RM 25.00 ( Kanak2 dr 4 thn - 12 thn)
3. Caj tambahan Kanak2 : RM 80.00 (Tempat tido,sarapan,mkn tghari,mkn mlm)
4. Karaoke : RM 550.00 1 Group
5. Lain-lain : RM 40.00

Kos :
RM 370.00 Suami Isteri (harga x masuk karaoke)
RM 205.00 Single (harga x masuk karaoke)


* Sape2 yang ada anak berumur 4 tahun ke atas, ada caj tambahan RM 105.00/person (tempat tido,sarapan,mkn tghari,mkn mlm,BBQ)
**Kos karaoke akan dibahagikan mengikut brp org yg join nanti.

Kepada  member2 yang nak join gathering ni, sila hubungi:
1. Iki - 013-799 7760 (JB)
2. Penchu - 012-761 5879 (JB)
3. Amat - 012-919 3511 (KL)
3. Yaya - 012 - 635 3897 (KL)

Kita akan start kumpul duit utk reunion ni pada bulan April 2010 ni. Sila buat bayaran pada Yaya utk member2 yg kat KL & Iki / Pencu utk member2 yg kat JB. Nak bayar installment pun boleh, janji sebelum gathering abis bayar. Diharapkan semua member2 dapat berikan kerjasama untuk reunion ni.

Senarai member2 yang confirm datang :

1. Iki & famili
2. Amat & famili
3. Topex & famili
4. Yaya & famili
5. Penchu & famili
6. Galak & ......
7. Anip & famili
8. Paijo & ......
9. Shai & ...... x10
10. Bob & famili
11. Pejal & famili
12. Aebot & ........


Wednesday, March 24, 2010

GATHERING REUNION 2010!!!


Setelah sekian lama perancangan nak buat Gathering Reunion ni tertangguh sejak tahun 2007 sehinggakan Pencu yang dh clash 100 kali pun dh dapat anak, dari Pekji dok kat Keratong smpai dia pindah ke Chini, Abg Sanip yg dok kat Pontian pun dh ada 2 anak,  Rezib yg  dulu suka ngumpat pun dh x berapa suka mengumpat skrg, reunion FCB ni tetap x menjadi lagi sampai skrg. 
 

Kali terakhir tempat yang dicadangkan dulu kat Glory Beach Resort Port Dickson & date yg dirancang pd 21 Julai 2007. Punyela lama..... mungkin dulu x ramai lg yg jd follower blog FCB ni, so info mengenai reunion ni x smpai ke semua member2 terutama yg berada di Teluk Bogak, Muar.

So, tahun 2010 ni dicadangkan kepada semua member2 yg berada kat mana pun supaya kita buat balik reunion yg pernah tertangguh ni. Setelah perbincangan dibuat oleh Aku , Amat , Yaya & Topek, so beberapa tempat dah di shortlist kan untuk dijadikan tempat kita ber Reunion nanti.... Mana tempat yg paling byk VOTE, kat sana kita akan buat nanti.
Date yang dicadangkan pada 6hb November 2010 nanti (2 hari 1 mlm). Yang pasti Topex dgn Kekak akan bercuti time ni... confirm diorg cuti.

Time gathering ni kita akan buat tahlil,telematch,bbq,makan2.
Diharapkan member2 semua dpt meluangkan sikit masa utk gathering kali ni & apa yang dirancang ni diharap menjadi. Sape2 yg nak join gathering ni, kita akan collect fund start bln Mei 2010.
Tempat-tempat yang dicadangkan :


1. Damar Suria Resort, Pantai Teluk Gong, Melaka
Budget :
1. Bilik : RM 120.00
2. Sarapan Pagi : RM5.00 (Dewasa) RM 3.00 ( Kanak2 > 4 thn)
3. Mkn Tengahari / Mkn Malam : RM10.00 (Dewasa) RM 5.00 ( Kanak2 > 4 thn)
4. BBQ :  RM20.00 (Dewasa) RM 10.00 ( Kanak2 > 4 thn)
5. Karaoke : RM 150.00 1 Group
6. Lain-lain : RM 40.00
Anggaran keseluruhan : RM 250.00 1 Famili 

Note : Diingatkan kpd member2 semua, kalau buat kat sini BBQ kena masak sendiri, makan pun ala kadar jek!..... jgn ada yg complain pulak nanti...


Budget :
1. Pakej : RM 130.00/person (Tempat tido,sarapan,mkn tghari,mkn mlm)
2. Caj tambahan BBQ :  RM35.00 (Dewasa) RM 25.00 ( Kanak2 dr 4 thn - 12 thn)
3. Caj tambahan Kanak2 : RM 80.00 (Tempat tido,sarapan,mkn tghari,mkn mlm)
4. Karaoke : RM 550.00 1 Group
5. Lain-lain : RM 40.00
Anggaran keseluruhan : RM 370++ 1 Famili  (harga x masuk karaoke)
 








Budget :
1. Apartment 3 bilik : RM 518.00 - kongsi 3 family (tido,sarapan)
2. Mkn Tengahari : RM20.00 (Dewasa) RM 14.00 (Kanak2 dr 4 thn - 12 thn)
3. Mkn Malam : RM25.00 (Dewasa) RM 18.00 ( Kanak2 dr 4 thn - 12 thn)
4. BBQ : RM35.00 (Dewasa) RM 25.00 (Kanak2 dr 4 thn - 12 thn)
5. Lain-lain : RM 40.00
Anggaran keseluruhan : RM 390++ 1 Famili (x masuk karaoke)


4. Bayu Beach Resort Port Dickson
Budget :
1.Pakej Outing : RM 155.00/person (Tempat tido,sarapan,mkn tghari,mkn mlm,telematch/beach games,lain-lain facilities) minimum 30 org
2. BBQ: RM55.00/person
3. Lain-lain : RM 40.00
Anggaran keseluruhan : RM 460++ 1 Famili (x masuk karaoke)

Budget :
1. Bilik : RM 179.00 (Tido & sarapan 2 org)
2. Mkn Tengahari : RM35.00 (Dewasa) RM 18.00 ( Kanak2 > 4 thn)
3. BBQ :  RM35.00/person
4. Lain-lain : RM 40.00
Anggaran keseluruhan : RM 400++ 1 Famili (x masuk karaoke)




Budget :
1. Bilik : RM 250.00 (Apartment 3 Bilik Kongsi 2 Famili)
2. Pakej Makan : RM70.00 (Dewasa) RM 42.00 ( Kanak2 4 thn - 12 thn)
(Pakej masuk BBQ, Mkn Tghari,Sarapan)
3.Telematch : RM8.00/person (Dewasa) RM 5.00/person ( Kanak2 4 thn - 12 thn)
4.Karoake : RM750.00 1 group
5. Lain-lain : RM 40.00
Anggaran keseluruhan : RM 380++ 1 Famili


Sila vote lokasi yang menjadi pilihan di Voting Area sebelah kiri blog ini. Undian yang paling banyak akan menjadi pilihan venue Reunion kita pada November ini.

Selamat Mengundi... 

P/S : Sebarkan pada yang tidak tahu...

Selamat Datang Ke Dunia

Salam.

Syasya telah selamat melahirkan anak lelaki pada 31 Jan 2010 yg lepas. Berat anak Syasa aku x tau sbb aku x bawak timbang masa aku terjumpa dia kat Bandar Baru Uda mlm tadi. Nama anak pun aku x tau sbb aku terlupa nk tanya....

Apa pun semoga bertambah rezeki beliau satu famili.

Tuesday, March 23, 2010

Doakan Kesejahteraan Beliau

Isteri En Faizal Hamzah, Pn Alizah Ali telah ditimpa kemalangan jalanraya pada malam selasa lepas di JB dan telah pun selamat keluar hospital.

Bersama-sama kita doakan kesejahteraan beliau sekeluarga...