Thursday, August 12, 2010

Jemputan ke Majlis Berbuka Puasa FCB Lembah Klang

Assalamualaikum & Salam Ramadhan,

Seperti ramadhan-ramadhan yang lalu, adalah tidak lengkap jika kita tidak mengadakan majlis berbuka puasa beramai-ramai. Pada mulanya, agak malas juga hendak mengatur majlis ini, tapi bila ada yang tanya & minta, kita buat jugalah. Tradisi, kenalah dikekalkan asalkan ianya sesuatu yang baik.

Berikutan harga buffet ramadhan yang makin tidak masuk akal, ditambah dengan keraguan dengan status halalan toyyiban makanan tersebut, majlis kita kali ini akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 4hb Sept 2010 (sabtu)
Tempat : Rumah Pn Nurhanani Adris aka Nani di Kajang (alamat & map akan di upload kemudian)
Tema : Pot Luck Koboi Style. (confirm halalan toyyiban)
Aktiviti : Tahlil, Berbuka & Maghrib Berjemaah di imamkan oleh En Fauzi Ismail.

Sesiapa yang dah plan nak bawak pe, sila la tinggalkan menu istimewa anda di ruangan komen yer.. Semua dijemput hadir..

Selamat Berpuasa

4 comments:

Pekji said...

gua tak kisah jadi imam. yang penting makmum gua kena semayang lagi sekali la lepas tu.

AmatMizi said...

Ko bwk pe ji selain perut ko & apah?

sniffdawhatwhatbanger said...

lenguh la korang berdiri kalau pekji jadi imam. Surah panjang2 tu. Paling pendek pun 'lam yakunil'

nuzaidie said...

alah... melah x de kat sini...dia dok di kg sampai raya..