Sunday, November 22, 2009

Nota Terakhir di Blog Lama

Genaplah sudah 5 tahun usianya. Sepanjang 5 tahun ia wujud, ada pelbagai kisah disebalik yang jarang diketahui ramai. Sama-samalah kita ikuti susur jalur kewujudan ForumCakapBerapi ini...

3 Become 1
Dalam kemeriahan Yahoo Groups, Circle 99 dan Tripod.net, lahir Forumcakapberapi di host blogdrive. Blog ini diwujudkan hasil idea tiga orang iaitu Pn Nani, En Amat & En Cabin pada tahun 2004 di YM (Yahoo Messenger) . Tiga orang ini juga seperti mewakili 3 kelas yang ada semasa SPM 97 dan juga PMR 95 (cuma wakil kelas 3/1 tiada). Mereka mahukan sesuatu yang mudah dicari, mudah dibaca, mudah diakses dan boleh diharapkan. Circle 99 yang telah diwujudkan terlebih dahulu oleh En Atok pada waktu itu bukanlah tidak bagus, cuma agak rumit. Kita perlu register dahulu baru boleh akses, so criteria no 3 dah kantoi. Lagipun function dia tak banyak. Selain itu, ada juga web yang dibangunkan rakan lain seperti En Awalok di Tripod.net. Tetapi pada masa itu Tripod selalu buat hal. Bukan saja susah nak akses malah tak boleh diharapkan. Entah sekarang wujud lagi ke tidak Tripod ini.

Selain mereka bertiga, kadang-kadang En Atok & En Sukor ada juga memberi idea. Setelah beberapa perbincangan dilakukan, akhirnya terwujudlah blog ini yang masih bertahan sehingga sekarang. 50% kredit perlu diberikan kepada Pn Nani kerana beliau lah yang telah register, buat layout dan setting segala benda buat pertama kalinya dalam blog ini. Bukan En Amat seperti yang anda semua sangkakan. Pada waktu itu En Amat masih buta IT, tidak langsung sayang IT cuma sayang xxITx sahaja. Tapi zaman dah berubah. Sekarang beliau kira ok sikit la, dah sayang IT dan sayang bini. En Bawang dari dulu sampai sekarang masih buta IT walaupun gaji dah tinggi. Bini pun tak cari lagi.

Penghubung Jalan
Objektif utama terciptanya blog ini adalah untuk mengeratkan silaturahim antara rakan yang sudah berjauhan disamping menjejak kasih rakan yang sudah terputus hubungan. Ia juga bertujuan untuk menjadi medium pengumuman sesuatu majlis seperti Majlis Perkahwinan, Gathering dan Re-union yang tak pernah jadi. Pada tahun 2007, objektif ini telah ditambah (kira macam rebranding la) dengan memasukkan elemen 'mengimbas kenangan lalu' dan 'ulasan semasa kejadian' yang Alhamdulillah mendapat perhatian ramai.

Keluar Api
Nama blog ini diberikan oleh En Amat setelah beberapa kali didesak Pn Nani yang ketika itu tidak sabar untuk create blog ini. Berdasarkan cerita En Amat, pada waktu itu beliau sangatlah angin dengan rakan beliau di JB yang cakap berkobar-kobar tetapi tidak buat apa-apa. Lantas kerana didesak dan terangin, beliau terus mencadangkan 'cakapberapi' kepada Pn. Nani berdasarkan karektar rakan beliau itu. Walaupun tiada significantnya, tetapi beliau dah tiada idea. Lagipun nama itu agak unik juga. Pn. Nani pula mencadangkan agar ditambah perkataan 'Forum' pada pangkal nama 'cakapberapi' kerana niat asal blog ini untuk kita satu batch berforum. So, jadilah ia 'Forumcakapberapi'. Ironinya, dari awal kewujudannya, tiada langsung komplen ataupun komen agar nama blog ini ditukar termasuk dari rakan En Amat itu sendiri. Walaupun tiada perkataan SMKAS atau apa-apa term semasa di SMKAS, ramai juga yang suka nama ini kerana ianya unik dan lain dari yang lain. Syabas En Penchu!

Blogger Tak Bergaji
Entri pertama (link) telah ditulis oleh En Cabin yang begitu excited setelah diberitahu oleh Pn Nani yang blog ini telah dicipta. Pada masa itu cuma ada 5 orang pembaca sahaja dan sudah tentu ia adalah entry yang syok sendiri. Tetapi setelah 5 tahun, memang itu sahajalah entri dari En Cabin yang saya rasa beliau sendiri sudah terlupa password beliau. Selain En. Cabin, penulis lain yang agak rajin adalah En Lanz Kuda, En. Atok Manual, En Aca Azit, En Rezibdz, En Pekji Hensem dan En Amat yang lagi hensem dari En Pekji. Jika dilihat dari entri pertama hingga pertengahan 2007, kebanyakan adalah tentang pengumuman dan ucapan. Jarang sekali ada entri tentang ulasan majlis, entri mengimbas kenangan ataupun entri yang saja suka-suka. Pada waktu itu, hanya En Pekji sahaja yang rajin menulis entri tentang sesuatu yang lain dan Blogmaster ada juga menerima beberapa komen positif mengenai entri beliau cuma saja Blogmaster tidak beritahu pada beliau, nanti beliau berlagak. Dah lah beliau memang berlagak. Tapi Galak lagi berlagak lah dari beliau. Tapi sekarang dengar ceritanya En Galak sudah begitu down to earth. Beliau juga sudah tinggi. Cuma gigi je masih tak tersusun seperti En Shai. Dengan komen itu, bermakna blog ini ada pengikutnya. Pn Nani pula walaupun dia yang create blog ini, dia cuma pernah menulis sekali sekala sahaja. Menurut beliau, beliau tidak reti menulis tentang orang lain, tetapi jika mengumpat tentang orang lain secara lisan, beliau memang pro. Tapi masih ketinggalan beberapa tiang dari En Rezib yang sudah semestinya sentiasa kenyang makan daging kawan-kawan.

Baju Baru
Dari layout yang pertama yang di create oleh Pn Nani hingga ke layout yang sudah 2 tahun tak tukar ini, rasanya blog ini hanya bertukar wajah 3-4 kali sahaja. Template pun adalah default template yang ada dalam list blogdrive. Lagipun tiada dalam objektif untuk menjadikan blog ini berwarna warni, cuma ingin jadikannya mudah dibaca dan diakses.

Rakan Berdaftar
So far ramai yang masih tidak faham tentang fungsi registered friends. Tujuan sebenar diadakan kolum mengenai registered friends adalah untuk mendapat data tentang berapa ramai rakan yang mengikuti perkembangan blog ini. Selain dari itu, kami juga menggalakkan registered friends ini untuk sama-sama memberi idea & menjadi penulis di blog ini supaya tidaklah ia terlalu bergantung kepada seorang dua penulis sahaja. So sesiapa yang berminat dah banyak idea yang mahu dikongsi, silalah log in dan start a new entry. Sangat-sangat dialu-alukan.

Ruang Kontroversi
Ruangan Tagboard jika mengikut layout asal, ia terletak di atas sebelum entri yang pertama. Pada waktu itu cuma nama Cabin, Nani, Amat, Atok, Sukor & Lanz sahaja yang selalu ada disitu. Setelah berubah layout, ia telah diubah ke tepi dan tersangatlah kecil. En Iki selaku YDP Cawangan JB telah meminta agar ruangan tagboard di besarkan sebesar-besarnya seperti sekarang dan Alhamdulillah kita dapat lihat lagi banyak nama yang memeriahkan suasana seperti Iki, Nuyul, Yaya Ori & Yaya Spicy, Acai, Zalie, Yan, Melah, Zerul, Jimi, Morris dan ramai lagi. En Morris yang tidak dikenali (walaupun sudah dapat didetect siapa dia) telah berjaya mewujudkan kekecohan sedikit masa lalu. Sampai kena ban dan kesiannya setiap ulasan beliau di ruangan tagboard & komen telah di delete. Padanlah muka. Jangan pula sembunyi muka dalam cengkerang. Apapun gunakanlah ruangan tagboard itu sebaik-baiknya.

Acid Kura-Kura yang masih menyamar
Fanatik
Pembaca blog ini terbahagi kepada 4 kategori iaitu :
1. Pembaca Sasaran yang aktif - Mereka adalah rakan-rakan satu batch dan begitu aktif membaca blog ini. Mereka juga sangat participative terhadap aktiviti yang dijalankan bukan sahaja dalam blog, malah in real life. Golongan pembaca ini setakat ini hampir mencecah 40 orang.
2. Pembaca Sasaran yang Pasif - Mereka juga adalah rakan-rakan satu batch dengan kita tapi mereka lebih gemar menjadi silent reader dan hanya mengikuti perkembangan kita tanpa menyertainya. Adalah beberapa sebab yang mereka kemukakan tetapi bagi saya, ia adalah alasan semata-mata. Golongan pembaca ini setakat yang saya tahu adalah dalam 20 orang.
3. Pembaca Bukan Sasaran yang Aktif - Mereka samada satu sekolah lain batch, bini satu sekolah tapi laki yang aktif dan takde kena mengena pun dengan SMKAS tapi saja suka nak singgah. Golongan ini walaupun bukan golongan sasaran tapi merupakan antara nadi kemeriahan blog ini. Lagipun blog ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang mahu baca.
4. Pembaca Bukan Sasaran yang Pasif - Mereka seperti no 3 tetapi sekadar silent reader sahaja. Saya pernah mendapat info dari seorang rakan yang mengatakan ofismate beliau begitu suka membaca blog ini tetapi hanya sebagai silent reader. Kepada pembaca no 3 & no 4, terima kasih di atas sokongan anda.

Mula Merangkak
Dari mula kewujudannya pada 2004, bilangan pembaca yang masuk melawat kian ramai. Sebenarnya memang senang pun jika mahu mencari blog ini. Type saja SMKAS di google atau yahoo search, akan jumpa kalau tak top 3, kurang-kurang top 5 pada waktu itu. Tetapi sekarang boleh jadi top 1. Kecualilah jika anda fanatik laman YouTube atau RedTube, memang tak akan jumpa jika search di situ. Pada awal kewujudannya, setiap kali ada perjumpaan di Majlis Kahwin memang tak lekang mulut minta kawan-kawan singgah di blog ini dan war-warkan kepada rakan yang lain. Sehingga 2005, kita telah berjaya mengumpulkan lebih 20 orang pembaca yang agak setia. Harapan pada waktu itu berkobar-kobar ingin mengadakan reunion setelah hampir 8 tahun tidak jumpa.

Tapi ku harap cerah hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari.

Jatuh Tergolek.
Tahun 2006 boleh dikatakan tahun kejatuhan blog ini. Baru setahun jagung hendak merangkak, dah jatuh tergolek sebab tiada sesiapa mahu bimbing. Yang mahu bimbang memang ramai, tapi setakat di mulut sahajalah. Pada waktu ini kita hanya berharap pada En Pekji untuk memeriahkan ruangan entri blog kerana penulis yang lain seakan-akan hilang. Mungkin kerjaya sedang berkembang maju. Kalau ada entri lain pun hanyalah jemputan ke Majlis Kahwin rakan-rakan oleh En. Amat. Pembaca yang aktif juga kurang dari 10 orang. Komen yang diterima juga begitu hambar. Jangan kata nak 10 komen, dapat 2 komen pun dah kira bersyukur sebab ada yang sudi komen. Satu komen, satu lagi Blogmaster balas. Ingatkan dia nak komen lagi rupanya buat penat je Blogmaster balas. Aktiviti reunion yang dirancang juga terbengkalai kerana masing-masing seolah-olah tidak berminat untuk ber-reunion.

Macam-macam usaha juga dilakukan untuk menarik minat rakan-rakan lain untuk memeriahkan blog ni tapi tetap tak berjaya. Apatah lagi nak buat aktiviti. Jangan haraplah. Antara alasan yang selalu diberikan adalah :
1. Aku takde masa la nak bukak internet ni. Emel aku pun clerk aku yang bacakan (Btol2 bz nih)
2. Aku dah baca dah tapi aku malas nak komen la. Nanti Si XXXXX tu mesti cari aku balik.
3. Aku dah baca entri ko tu, tp aku nak komen apa. Malas la aku nak komen.
4. Korang banyak mengarut je dalam blog tu, aku tak layan la benda-benda mengarut ni. Cuba la ko tulis pasal politik ke, MLM ke (nak baca politik pegi Malaysiakini ye..)
5. Aku asyik outstation la, takde masa utk reunion ni.
6. Bila masa ada blog ni? Aku keje IT tapi tak pernah tau pun ada blog batch kita.
7. Aku tak free la weekend, asik outstation je. Biasalah tengah bz ni.
8. Aku...aku...aku ni...buta IT la Mat.....

Walau bagaimanapun, entah macam mana disatu petang pada tahun 2007 yang indah, En Amat dan En Lanz Kuda telah pun berbincang dan timbul idea untuk menarik minat pembaca agar terus setia mengikuti blog ini.

Belajar Bertatih
Hasil idea mereka itu ditokok tambah pula dengan idea En. Efik yang Manja, lahirlah ruangan Undi Suka-Suka yang pada awalnya agak slow penyertaan yang diterima tetapi setelah ulasan mengenai keputusan undi itu disiarkan, momentum penyertaan semakin meningkat berdasarkan tajuk undi yang diberi. Gaya penulisan keputusan undi juga berubah dari kurang 100 patah perkataan hinggalah hampir 1000 patah perkataan. Kadang-kadang hampir muntah hijau juga membaca. Berbaloi lah usaha yang dilakukan oleh mereka bertiga itu untuk memastikan blog ini terus berkembang dan diketahui ramai.

Kemeriahan Undi Suka-Suka itu ditambah dengan Ulasan Majlis Gathering & Perkahwinan yang menarik lantas membuat ramai pembaca sudi memberikan komen dan tidak hanya mahu menjadi silent reader. Mungkin ada yang suka tidak kurang juga yang benci. Apatah lagi ia biasanya disertakan dengan gambar-gambar menarik ihsan En Paijo, En Pekji, En Anip dan lain-lain. Jika anda seorang penulis blog umum, inspirasi dan semangat anda lahir 50% dari komen pembaca, 30% dari minat yang mendalam, 10% dari idea yang datang tiba-tiba dan 10% dari rasa tanggungjawab. Jadi rajin-rajinlah beri komen agar blog ini sentiasa meriah.

Blogmaster ada memberitahu yang beliau pernah terima komen dari 'seorang yang segan nak bagi nama' yang berkata bahawa Blogmaster ni bias (pilih kasih) kerana lebih menceritakan tentang perkara yang berlaku semasa tahun 96-97, tidak langsung menceritakan perihal peristiwa dari 93-95 dan yang paling tak bestnya hanya menceritakan perihal pelajar putera. Biarlah beliau jawab disini :

1. Beliau pernah menceritakan perihal peristiwa 93-95 dalam entri undi suka-suka. Mungkin ianya tidak secara spesifik tetapi RAM otak beliau pun tak banyak macam sesetengah orang. Kalau anda banyak idea, sila tulis sendiri dan jika tidak berapa reti menulis, bolehlah call ke sms ke email beliau dan bagi point-point yang menarik. Beliau boleh tokok tambah. Pintu email beliau sentiasa terbuka.

2. Sebelum ini, kebanyakan yang baca blog ini dari batch 93-97, cuma akhir-akhir ini semakin ramai dari batch 93-95. Alhamdulillah pencapaian yang memberangsangkan. Beliau betul-betul berharap ada rakan dari batch 93-95 yang sudi jadi penulis kerana ingatan mereka tentang peristiwa sepanjang 93-95 lebih baik berbanding mereka yang batch 93-97. Betul, beliau tak tipu ni. Tanyalah En. Anip, dia pun tak ingat dulu orang panggil dia Yapin.

3. Kita sama-sama dok SMKAS, kita pun tau batas pergaulan kita dulu camne. Beliau nak hantar surat kat aweknya pun kena letak bawah meja, inikan pula nak tau keseluruhan cerita pasal pelajar puteri. Memang mustahil. Kalau ada cerita sikit pun, beliau dapat dari Pn. Nani, Pn. Yaya & Pn. Melah forever & never can die, selebihnya beliau tokok tambah. So, siapa yang sudi, silalah sama-sama menjadi penulis ye.

Madu 3
Semenjak bertambahnya bilangan ahli dan pembaca blog ini, banyak aktiviti yang dirancang dan alhamdulillah ada antaranya yang sudah pun berjalan dengan lancar. Dari tahun 2004, ada beberapa gathering yang telah dijalankan seperti yang wajib, gathering berbuka puasa di Lembah Klang.
Gathering selain itu adalah gathering 5-6 orang rakan di kedai mamak dan juga gathering majlis kahwin. Disebabkan permintaan yang tinggi dan kos yang kadang kala tidak memungkinkan mereka yang berada di Johor untuk turut serta dalam aktiviti di Lembah Klang, maka pada tahun 2008 tertubuhlah Cawangan Cakapberapi di JB yang dikepalai oleh En Iki dan En Penchu. Aktiviti pertama yang dijalankan adalah aktiviti gathering berbuka puasa di Taman Merdeka yang dihadiri oleh lebih kurang 15 orang pada tahun 2008. Memang sukses. Sebelum itu pun sudah ada aktiviti berbuka puasa pada tahun 2007, tetapi tidak secara rasmi.
Aktiviti keduanya pula adalah yang baru-baru ini, juga gathering berbuka puasa yang berjaya mengumpulkan lebih 25 orang rakan kita di JB. Memang pencapaian yang sangat membanggakan. Tahniah Cawangan JB. Mungkin selepas ini kita boleh minta Cawangan JB untuk organise reunion pula.
Setakat ini cuma ada 2 cawangan sahaja iaitu di Lembah Klang dan di JB. Belum ada ura-ura ataupun cadangan untuk menambah cawangan di Pantai Timur atau pun di Utara. Mungkin rakan batch kita kurang atau pun tiada langsung di sana. Tapi yang pasti, Cawangan Glasgow memang sedang dipertimbang untuk diperkembangkan.

Jumpa, Borak, Makan
Antara aktiviti yang paling kerap di lakukan adalah Gathering Berbuka Puasa. Walaupun aktiviti ini hanyalah setahun sekali, tetapi setidak-tidaknya ia dapat juga menggerakkan alumni batch kita ini ke satu tahap yang lebih baik. Permintaannya pun boleh tahan.
1st Gathering Buka Puasa di APN Bangi pada 2004

4th Gathering Buka Puasa di Rumah Usop pada 2008

 
1st Official Gathering Buka Puasa Cawangan JB di Taman Merdeka pada 2008

2nd Official Gathering Buka Puasa Cawangan JB di Taman Merdeka pada 2009

 
5th Gathering Buka Puasa di Bangi Golf Resort pada 2009

Selain itu aktiviti memenuhi undangan kahwin juga antara yang paling berjaya setakat ini. Telah wujud muka-muka wajib seperti En. Penchu, En. Ayul, En. Paijo, En. Rezib & En. Shai yang pasti akan menghadiri majlis-majlis kahwin rakan-rakan sekiranya dijemput. Kadang-kadang jika tak jemput pun diorang datang juga. Tengoklah siapa yang kahwin, biasalah bias. Antaranya dari tahun 2004 adalah :

1. Majlis Kahwin Affizulnizam Abe
2. Majlis Kahwin Syasha
3. Majlis Kahwin Iki
4. Majlis Kahwin Lanz Kuda
5. Majlis Kahwin Linda
6. Majlis Kahwin Nani
7. Majlis Kahwin Topot
8. Majlis Kahwin Sukor & Yani
9. Majlis Kahwin Wedding of The Year Anip & A'a. (Sila fokus pada baju pengantin)


Aktiviti terjah raya pula agak jarang dilakukan mungkin kerana belum berkesempatan, namun ada sekali pada tahun 2005 kita membuat kejutan terjah raya paksa-rela di rumah rakan kita En. Madon di Cheras. Tapi cuma itu sekali sahaja lah. Perancangan selepas itu semua tidak menjadi

Terjah Raya di rumah Madon pada tahun 2005

Cuma tinggal satu aktiviti sahaja yang masih belum dapat dilaksanakan iaitu Reunion. Entah apa silapnya segala perancangan mengenai reunion ini pasti akan terkantoi. Mungkin kita perlu lebih komited dalam perancangan reunion ini kerana jika kita dapat mengumpulkan 25 orang di Lembah Klang dan 30 orang di JB ketika gathering berbuka,tidak mustahil kita boleh mengumpulkan lebih 60 orang untuk reunion nanti. Mesti seronok kan.

Kata akhir
Saya selaku Blogmaster yang menjaga & menguruskan blog ini berharap sempena usia blog ini 5 tahun, ia akan terus meriah seperti keadaan sekarang. Semuga zaman kemeruduman itu tidak akan berlaku lagi. Saya juga berharap agar ada lebih ramai lagi rakan yang sudi menulis dan berkongsi cerita untuk tatapan kita bersama. Selain mengimbas kenangan silam, anda juga dapat menjadi penghubung rakan-rakan dalam mendapat info terkini. Biarlah jauh di mata, janji dekat di hati. Lagipun blog ini blog kita bersama, bukan blog saya & Pekji saja.
Saya juga masih berharap yang Reunion kita akan dapat dilaksanakan kelak. Mungkin jika tidak dalam masa terdekat, 2 tahun lagi pun ok jugak. Lagi best jika reunion itu dapat dihadiri oleh semua pelajar batch kita, tak kira PMR 95 ataupun SPM 97, sambil-sambil kita berjumpa gelak ketawa, boleh juga kita buat tahlil untuk dihadiahkan kepada rakan yang sudah tiada. Apa lagi hadiah terbaik untuk mereka selain hadiah tidak ternilai itu.
Anyway, Happy 5th Birthday ForumCakapBerapi.. tahun depan dah boleh masuk tadika.

10 comments:

sniffdawhatwhatbanger said...

apalah yg berdosa sangat dengan bersanding pakai baju bank rakyat tu.? x paham aku

iki said...

tu namanya semangat bank rakyat....

amat said...

x berdosa bro...cuma agak sedikit lawak la

Melah said...

Iyolah Nip, nampak sgt ko berkobar2nk membasuh periuk...walaupun hanya makan limau mandarin dan kuah-kuah kari, aku x kisah...ko kisah ker Mat?hehehehe

Pekji said...

tunggu entri gua di rumah baru. hehe

faizuLNasir said...

porahh G. lama dah tunggu tak kuar2. mamat2 from East Timor dah lama balik dah.

AmatMizi said...

Melah : ko mmg tgh pelahap masa tu... skrg pun dh pelahap blk..

Geng : aku dlm proses nk invite korg jadi penulis blog..nnti cek email ye..

sniffdawhatwhatbanger said...

pergi rumah org kawin 101 :

kalau xnak makan limau ngan kuah kari, n nak tgk pengantin bersanding pakai baju songket, kena la datang awal2.

*seb bek aku tak sarung tshirt sil khannaz

Lanz said...

anip: uik... ok lagi tue bro dr dah x berbaju...

Amat: "nota terakhir di rumah lama" uih... sedih bunyi... ttiba teringat umah lama ko ngan aku...

Kengkawan: Aku berjaya mengeluarkan diri dr belantara... pasni kalau de program mungkin leh dtg kot... InsyaAllah...

Cayala Mat....

Lanz said...

i like....