Sunday, January 24, 2010

Undangan Majlis Perkahwinan Mohd Faizal Bin Hj Hamzah










Kepada semua warga forum cakap berapi, dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan Mohd Faizal Hamzah a.k.a Pejal pada 20 hb Februari 2010 (Sabtu) bertempat :
1F Parit Sri Muar, MK 8 Parit Raja, Batu Pahat. Johor.

Mana2 yang blah selepas PMR 95' mungkin x mengenali Pejal. Pejal adalah exSmekas yg masuk  pada thn 1996 - pertengahan 1997. Kemudian dia telah berpindah ke Maahad Muar untuk memantapkan lagi ilmu Bahasa Arab dan Matematiknya ke tahap tertinggi di sana bersama-sama Icut. Pejal merupakan pelajar yang paling disayangi oleh Ustaz Jay-Nal selepas Pekji & Anip semasa di Smekas. Kalau xde diorang, maka x kan habis LAUK2 kat Asrama dulu.

SELAMAT PENGANTIN BARU!!!

Sekian untuk makluman kawan-kawan.

Friday, January 22, 2010

Beramal Dengan surah Al-kahfi

Hadith :
Daripada al-Barra r.a katanya : “ Di kala seorang lelaki membaca surah al-Kahfi tiba-tiba ia melihat binatang peliharaannya berlari dan ia melihat bagaikan sekumpulan mega atau awan lalu ia datang menemui Rasulullah SAW dan menyebutkan mengenainya kepada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW bersabda : “ Itu adalah as-Sakinah (ketenangan) yang turun bersama al-Quran atau turun di atas al-Quran.”

 
al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi

Huraian
Dalam surat al-Kahfi, diceritakan tentang kisah Ashaabul Kahfi, (pemuda-pemuda beriman), kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir a.s serta kisah DZulkarnain dan Ya'juj dan Ma'juj. Dalam beberapa hadith, Rasulullah SAW menggalakkan kita agar membaca dan menghafal surah ini kerana dengan membacanya dapat menghindarkan diri dari fitnah (musibah). Di dalam surah al-Kahfi ini terkandung isyarat penting mengenai Hari Akhirat, seperti mana yang dipelajari daripada kisah-kisah yang dipaparkan iaitu pengalaman Ashabul Kahfi yang tinggal dalam sebuah masyarakat yang kufur kepada Allah SWT, Nabi Musa a.s yang banyak belajar daripada Khidr dan tentang sebuah pemerintahan dalam kisah Dzulkarnain yang kesimpulannya dapat memberikan kita pengertian tentang nilai-nilai keimanan yang sebenar. Semua ini perlu direnungkan oleh seluruh umat Islam kerana apabila surat ini dibaca secara keseluruhannya akan tergambar kepada kita tentang perkaitannya dengan realiti semasa yang melalui yang tahap-tahap yang berbeza iaitu permulaan, perkembangan, dan berakhirnya dunia ini dengan kedatangan nabi Isa a.s sebelum kemunculan Hari kiamat.

Tuesday, December 8, 2009

Sekitar Majlis Persandingan En. Fuad Ghani

Dia kata dia dah post kad kahwin dia kat saya, tapi saya tengok kat post box memang takde. Mati-mati ingat dia blom kawen lagi... anyway, tahniah kepada En Fuad kerana berjaya mengakhirkan zaman bujang beliau bersama gadis idamannya. Enjoy some of the picture yang saya cilok dari professional photo yang beliau hire.










Apa-apapun, kami ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada En Fuad Ghani & Isteri. Semuga kekal ke akhir hayat...

Wednesday, December 2, 2009

Majlis Meraikan Orang Nak *BLK


Salam...

1) Maka dikepilkan bersama-sama post ini adalah undangan ke sebuah majlis perkahwinan sahabat kita iaitu Hadzril Ridzal aka Ail.

2) Ail adalah seorang exSMKAS yg blah selepas PMR 1995. Mana2 yg masuk SMKAS pasca PMR '95 barangkali tidak mengenali beliau. Apatah lagi beliau bukanlah seorg artis spt Rahim in-stim atau Fahrin Ipin. Ail sambung Form 4 di English College, JB. Tengok, dari sekolah agama masuk sekolah omputih, memang betul2 insan yg seimbang dunia & akhirat. Lihat sajalah cara beliau bg salam pd kad kawin.

3) Selama hampir 30 tahun Abg Sanip hidup, baru inilah kali pertama abg dapat kad kahwin yg sebegini rare sekali. Kalau ikut kualiti kertas mau 90sen juga sekeping. Ail bg Abg Sanip 3 keping kad. Satu untuk Abg Sanip sendiri, satu untuk Pakcik Kebab dan satu lagi untuk Maharizan teleng.

4) Ail sekarang adalah seorang tauke kemah. Bukan kemah pengakap tetapi kemah org kawin. Dia ada 30 set kemah yg lawa2 dan ada kipas serta lampu chandelier.

5)Antara yg kompom hadir adalah Abg Sanip sendiri. Brgsiapa yg terasa rindu mau ketemu sama Abg Sanip bolehlah hadir juga.

6) Kat majlis tu nanti ada persembahan live band. Lain2 detail majlis tersebut silalah rujuk kpd kad jemputan. Semua nak suruh Abg Sanip cerita, gila lemak.

Sekian dimaklumkan. Wassalam

*BLK : berlaga lobang kencing

p/s : sapa edit, kayap. Kat muka.

Monday, November 30, 2009

PERSONALITI MINGGU INI

Siapa yang tak ingat biar saya ingatkan. Beliau adalah bekas se-orang pemain bola tampar Sekolah Dato' Bentara Dalam. Jadi sape2 yang wakil sekolah bola tampar atau pengikut setia pasukan bola tampar sekolah, mesti kenal Ijam ni. Counterpart beliau kat SMKAS ialah Nurul Anuar dan juga RasIDZ Hadiyanta Arbi.

Sekarang berkirja sbg Pak Andam yang mengikis kening wanita sehingga tipis di Bukit Sipot. Saya tak pula pasti beliau didapati sekitar stesen keretapi segamat atau Labis pada waktu tengah malam atau tidak.

Soalan PERTAMA beliau semasa saya jumpa Ijam, beliau bertanya IDZ sekarang dekat mana? Saya nak tergelak terbarai. Tapi mampu bertahan. Barulah saya tahu RasIDZ rupanya pesaingnya sampai ke sekolah Dato'.

Hahahahahahahahahahaha harun salim bachik. (Saya tergelak juga akhirnya nyaris2 terguling terburai isi perut sampai depan rel keretapi Bukit Siput)