Monday, March 12, 2012

The Return of Undi Suka-Suka

Salam All...

Lama dah gua tak bukak blog ni apatah lagi menconteng arang di mukanya. Gua tengok balik blog lama... jadik rindu pada kemeriahan kita waktu tu. Ini Iki la nih pandai-pandai nak tukar host, last-last dia hilang gua jugak yang kena jaga balik.

Buat permulaan...gua buat benda yang paling senang la.. Undi Suka-Suka. Gua just nak recap all the undi suka-suka yang kita dah buat for the last 4 years kot. Dibawah adalah senarai undi yang telah dibuat. Ada yang ada entry, ada yang takde dan ad yang masih dalam oven. Ok guys, kit recap..(cheh mcm muzik-muzik la plak)

  1. Tenaga Pengajar yang paling diingati : Ustaz Zainal (Entry blog lama)
  2. Tagline / Trademark paling glamer : 10...8...6 1/2...by Ust Jenal (Entry blog lama)
  3. Lagu paling glamer : Doa Perpisahan  (Entry blog lama)
  4. Nickname paling glamer : BAWANG aka Yahaya Othman  (Entry blog lama)
  5. Couple paling hangat : Razi + Melah  (Entry blog lama)
  6. Aktiviti waktu lapang paling mengujakan : Main bola kocek  (Entry blog lama)
  7. Tragedi yang sentiasa diingati : Persandingan beramai-ramai di ewan besar  (Entry blog lama)
  8. Awek paling hot : Shamsiah  (Entry blog lama)
  9. Mamat paling hot : Rezib Mohamed  (Entry blog lama)
  10. Kelebihan rakan kita yang tiada tolok bandingnya : Pekji - Masih berbudi bahasa 'saya-awak' walaupun ganas nak mampus  (Entry blog lama)
  11. Trend paling gempak : Baju sekolah nila ujala  (Entry blog lama)
  12. Menu dewan makan paling best : Ayam masak merah hari Jumaat  (Entry blog lama)
  13. Harta peribadi yang selalu hilang : Selipar jepun, sandal, kasut & stokin  (Entry blog lama)
  14. Gabungan nama paling romantik : SHIMAJIE - Hahar & Majie  (Entry blog lama)
  15. Kejayaan paling membanggakan bagi batch kita : SPM 100% pangkat 1 dan menganjurkan Camp utk junior (Procast) (draft..sampai sudah tak siap-siap)
  16. Awek paling innocent : Izyani Yusof   (Entry blog lama)
  17. Mamat paling innocent : Shahbudin Masdar   (draft..sampai sudah tak siap-siap)
  18. 'Special Appreciation Awards' utk Majlis Berbuka Puasa di BGR : Shai sebab datang dari JB semata-mata untuk majlis ini. (malas nak buat entry...dah basi)
  19. Pasangan Abang / Kakak Angkat paling hot : Amat & Baiti Form 2 (confirm takde entry)
  20. Tempat paling angker / menyeramkan di SMKAS : Kawasan Tangki Sekolah (masih dalam oven)
  21. Dorm Aspura yang selalu jadi port / markas melepak : Ibnu Sina  (masih dalam oven)
  22. Port cabut kelas paling cool : Stor Tunas Bistari  (masih dalam oven)
  23. Code Rahsia paling rahsia : 'On' maksudnya hisap rokok & 'Mat Taik' maksudnya kaki report  (masih dalam oven)
  24. Nama timangan paling manja : YAPIN aka Hanif Ahmad  (masih dalam oven)
  25. Masa wedding dia, punyalah ramai yang datang. Tapi lepas kahwin, batang hidung langsung tak nampak di majlis orang lain : En. Yusoff Abdullah & Pn. Ramlah Talib  (masih dalam oven)
  26. Long lost friend setakat PMR 95 yang kita teringin sangat nak jumpa : Abd Majid Darsono  (masih dalam oven)
Banyak jugak entry pasal undi suka-suka ni..insyallah gua akan setelkan hutang-hutang yang dalam oven tu sementara bos gua bercuti seminggu ni... kalau tak pun bila-bila rajin gua bayarlah.

Just to share FCB plan for this year :
  1. Hi-Tea
  2. Buka puasa @ KL
  3. Buka puasa @ JB
  4. Reunion?? Tahun depan la ok.. Tempat idaman fully book sampai lepas raya.
Gua harap, blog kita kembali rancak semula... Insyallah.

Bubuy..