Sunday, January 24, 2010

Undangan Majlis Perkahwinan Mohd Faizal Bin Hj Hamzah










Kepada semua warga forum cakap berapi, dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan Mohd Faizal Hamzah a.k.a Pejal pada 20 hb Februari 2010 (Sabtu) bertempat :
1F Parit Sri Muar, MK 8 Parit Raja, Batu Pahat. Johor.

Mana2 yang blah selepas PMR 95' mungkin x mengenali Pejal. Pejal adalah exSmekas yg masuk  pada thn 1996 - pertengahan 1997. Kemudian dia telah berpindah ke Maahad Muar untuk memantapkan lagi ilmu Bahasa Arab dan Matematiknya ke tahap tertinggi di sana bersama-sama Icut. Pejal merupakan pelajar yang paling disayangi oleh Ustaz Jay-Nal selepas Pekji & Anip semasa di Smekas. Kalau xde diorang, maka x kan habis LAUK2 kat Asrama dulu.

SELAMAT PENGANTIN BARU!!!

Sekian untuk makluman kawan-kawan.

Friday, January 22, 2010

Beramal Dengan surah Al-kahfi

Hadith :
Daripada al-Barra r.a katanya : “ Di kala seorang lelaki membaca surah al-Kahfi tiba-tiba ia melihat binatang peliharaannya berlari dan ia melihat bagaikan sekumpulan mega atau awan lalu ia datang menemui Rasulullah SAW dan menyebutkan mengenainya kepada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW bersabda : “ Itu adalah as-Sakinah (ketenangan) yang turun bersama al-Quran atau turun di atas al-Quran.”

 
al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi

Huraian
Dalam surat al-Kahfi, diceritakan tentang kisah Ashaabul Kahfi, (pemuda-pemuda beriman), kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir a.s serta kisah DZulkarnain dan Ya'juj dan Ma'juj. Dalam beberapa hadith, Rasulullah SAW menggalakkan kita agar membaca dan menghafal surah ini kerana dengan membacanya dapat menghindarkan diri dari fitnah (musibah). Di dalam surah al-Kahfi ini terkandung isyarat penting mengenai Hari Akhirat, seperti mana yang dipelajari daripada kisah-kisah yang dipaparkan iaitu pengalaman Ashabul Kahfi yang tinggal dalam sebuah masyarakat yang kufur kepada Allah SWT, Nabi Musa a.s yang banyak belajar daripada Khidr dan tentang sebuah pemerintahan dalam kisah Dzulkarnain yang kesimpulannya dapat memberikan kita pengertian tentang nilai-nilai keimanan yang sebenar. Semua ini perlu direnungkan oleh seluruh umat Islam kerana apabila surat ini dibaca secara keseluruhannya akan tergambar kepada kita tentang perkaitannya dengan realiti semasa yang melalui yang tahap-tahap yang berbeza iaitu permulaan, perkembangan, dan berakhirnya dunia ini dengan kedatangan nabi Isa a.s sebelum kemunculan Hari kiamat.